Saya kini sudah menjejak ke semester yang kedua untuk tahun yang ketiga, alhamdulillah :)
Sudah semakin ramai kawan.
Kerja semakin banyak.
Tanggungjawab semakin bertambah.
Junior semakin ramai.
Skil dalam usaha untuk diperbaiki.
Semoga iman berada dalam kondisi yang baik, aku insan yang masih belajar.
Untuk semester ini, saya ambil 6 subjek. dan 1 kursus tambahan, iaitu subjek kastam. 6+1=7. Kalau ada aral, mungkin akan drop satu subjek.
1. Human Resource Management, Tang Swee Mei.
2. Research Method, Puan Fazlinda
3. Inventory Management, Dr. Halim
4. Management Science, Encik Hanizan
5. Bahasa Thai (elektif bebas) ~~khap phun kaap~
6. Maritime Management, Mr. Hasif yang cool.
Rasa lain sikit bila dah senior year. Dah mula fikir 'apa lepasni yea..'.. kerja ke, atau belajar lagi?
Kelas-kelas pertama, saya suka rakam falsafah apa yang lecturer kongsi.
Pertamanya, saya perasan, pensyarah kita jarang buat kita rasa down, bila kita memberi pendapat (walaupun ia agak bodoh untuk didengar). Pendidik. Mereka sentiasa meraikan pendapat dan buat kita rasa 'yay, aku betul!' kemdian membetulkan mana yang salah.
Keduanya, lanjutan daripada yang pertama, pada tahun ketiga sebagai pelajar universiti, kami telah mencapai tahap tidak ada betul atau salah dalam berbincang, memberi pendapat dan menyelesaikan masalah. Problem Based Learning.
Ketiga, beliau bertanya tentang maksud kematangan.
Macam-macam jawapan yang kami beri. Of course, its too subjective to be defined. Even dalam tarbiyyah pun ada huraian dan diterangkan apakah kematangan yang sebenarnya, yang dimiliki oleh orang yang melalui proses tarbiyyah. (boleh rujuk blog Cikgu Azmi). Setiap orang memberi jawapan berbeza. Dia suka semua jawapan. Dia hanya menjawab 'good', 'great', 'i like that answer', so on and on. Kemudian dia berkongsi satu falsafah warisan daripada pensyarahnya yang dulu; katanya, "kematangan itu ialah, kamu menemui satu persoalan kemudian kamu keluar mencari jawapan, melalui pelbagai macam perkara untuk mendapatkan jawapan. Daripada jawapan itu, kamu memperoleh dua persoalan yang timbul. Kamu keluar lagi untuk mencari kebenaran, jawapan kepada persoalan-persoalan itu. Ia terjadi secara berulang, sampai kamu berhenti mencari jawapan. Pada waktu itu, kamu boleh dikatakan 'reaching a certain level of wisdom'.
Keempatnya, menjadikan kelemahan itu satu kekuatan.
Kebanyakan orang menggunakan kelemahan sebanyak-banyaknya untuk menjadi alasan. Pensyarah lelaki ini bertanya; "who is the laziest person you may ever seen in your life?". Dan dia meletakkan jari telunjuk nya kepada dirinya sendiri. Katanya, "Because i'm too lazy to delay my job for tomorrow, so I do it by today". Beliau menjadikan kemalasannya sebagai inspirasi supaya tak bertangguh. Bila balik duduk kat katil, sambil fikir semula.. betul jugak apa dia cakap tu..
Semester enam.. masih memegang prinsip motivasi yang sama. Semoga najah dan ilmu yang dapat tak sekadar buih-buih yang berterbangan, atau menjadi pohon kayu yang tak berbuah..



1 komen best:
Konvensyen 1K~
Post a Comment