Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan
melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain
Sesungguhnya kau telah berhasil
menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna.
Sudah bertahun malamku berlalu dengan menghubungi Maha Pencipta
di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia.
Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku.
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku, tetapi menghiasi insan lain.
Kau adalah syurga, aku yakini itu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya.
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya.
Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada.
Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka.
Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita
Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa.
Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita.
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud.
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya.
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
kerana cinta buatNya akan kekal abadi.
Salam dari Gembala Rindu, Wali.
~~Dari Kitab Cinta.
Puisi ini dituliskan watak Wali kepada Mustika sebaga balasan kepada surat Mustika yang memberitahu perasaannya dan menanti jawapan Wali.
Puisi ini dituliskan watak Wali kepada Mustika sebaga balasan kepada surat Mustika yang memberitahu perasaannya dan menanti jawapan Wali.
Kitab Cinta adalah drama yang ditayangkan di TV alHijrah pada setiap Rabu-Jumaat, 8.30 malam. Ia merupakan sebuah cerita adaptasi novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha" karya Taufiqurrahman el Azizy. Menurut perspektif Islam sebenar, ia tak sesuai ditonton bagi adik-adik yang baru 'nak naik' dan belum bijak menilai.. Saya pernah membaca karya Taufiqurrahman el Azizy, Syahadat Cinta namun ada beberapa percanggahan hukum dalam penulisan Taufiqurrahman.. contohnya, pengharaman foto dan adab pergaulan lelaki perempuan. Apabila bertanyakan pendapat orang, saya disuruh berhati-hati menilai pembacaan, dan sebaik-baiknya menghentikan pembacaan jika ia boleh menjejaskan aqidah. (Terdapat ramai penulis yang mempunyai fahaman yang menyasar dari Ahlul Sunnah wal Jamaah, jadi pembaca perlu bijak menganalisa dan menilai dengan ilmu).
Kalau dinilai drama Kitab Cinta setakat 8 episod ini, terdapat beberapa nilai yang kurang menyenangkan, contohnya, hukum hudud yang dilaksanakan seperti terlalu keras, padahal hukum yang sebenar hanya akan dijatuhkan dengan adil setelah disiasat dengan teliti. Saksi kepada kes juga mestilah orang yang dipercayai imannya, bukan sesuka hati main ambil je orang munafik jadi saksi. Kelemahan inilah yang mampu membawa fitnah kepada Islam, nauzubillah.
Menilailah dengan bijak. Islam tidak pernah cacat dan tempang.




2 komen best:
trima kasih sbb share, dan amik inisiatif letak kat blog awak ni.....senang sy nk copy paste...trma ksh
sama-sama. saya sukakan puisinya..
Post a Comment