chutie~

chutie~

Thursday, February 09, 2012

SLC 2012

Harini hari ke-5 SLC. Student Leadership Camp. Masih berbaki 6 hari lagi. Dalam 6 hari ni, paradigma dalam diri terasa berubah-ubah. Disebabkan banyak pergolakan jiwa yang berlaku sepanjang program ni, saya lump-sum je terus dalam satu post ni.

Rasa tak layak
Pelik juga rasanya bila dipilih menjadi presiden kelab. Dahlah perempuan, kecik kenot pulak tu. Lelaki lebih layak memimpin. Mungkin saya lupa, semua ini aturan dan susunan Allah atas kapasiti saya diberi kepercayaan untuk memimpin. Ia menjadi amanah yang.. kalau tak buat berdosalah saya kepada diri

Sistem vs Prinsip
Untuk 4 hari induksi (yang jadualnya amat padat), kami disuap (feeded) dengan pelbagai informasi daripada pemimpin dan individu tertentu. Kadang-kadang, (dan biasanya,) saya selalu tak setuju dengan perbincangan -perbincangan yang ada. Kadang-kadang rasa macam terlalu tertutup pula saya ni, tak menerima pendapat orang lain. Rasa macam sombong nauzubillah.. (to revise, sombong ertinya menolak kebenaran dan meremehkan orang lain). Jadi, untuk memurnikan semula pandangan, saya pernah diajar, bila perlunya bergaul dengan ramai orang dengan pelbagai usul dan pendapat, saya perlu meraikan perbezaan dan tidak sampai meruntuhkan prinsip. Saya masih belajar, dan terus berusaha memahami kerenah manusia dalam perjalanan yang panjang ini.

Merasa betul
Orang yang sentiasa merasa dirinya betul, dia bermasalah dan akan bermasalah dalam kehidupan sosialnya. Dalam hidup kita, memang akan ada waktunya kita jadi susah menerima pendapat orang lain dan sentiasa mahu pendapat kita diterimapakai dan kata-kata kita didengar. Ini akan terjadi terutamanya apabila orang itu adalah orang yang kita tak respect, atau kita pandang rendah padanya kerana dia mungkin tak ada nilai diri (self-value) yang tinggi seperti kita, konon-kononnya. Percayalah, itulah namanya sombong. (Orang sombong tak masuk syurga, tau). Mungkin, siapa tahu, orang itulah yang Allah rahmati dan kasihi, dan mungkin dia lebih baik di sisi Allah. So, jangan mudah tolak kata-kata orang sekalipun awak tak setuju dengan dia. Jaga adab sebagai seorang manusia,, talk politely.


Keputusan dan yuran
Semua orang tahu, saya self-funding. Saya bukan daripada keluarga kaya, cuma atas niat ingin menjauhi hutang maka Allah mudahkan.. (percayalah, Allah sentiasa memakbulkan doa..).. Saya pernah cadangkan kat abah supaya bayar beransur-ansur supaya taklah rasa terbeban, tapi, abah kata, "mana boleh ansur-ansur.. nanti Nora belajar pun sekat-sekat.." ................. peh. Saya memang menyesal dan akan menyesal seumur hidup, terutama bila abah cakap macamtu. Self funding adalah satu motivasi besar buat saya. Motivasi untuk membanggakan abah dan ibu, dan abah tak pernah gagal mengucapkan tahniah untuk saya walaupun result drop sedikit semester lepas.

Rasa macam miracle pun ada. Personally, prestasi jiwa dan pengurusan masa semester lepas teruk gila. (please note, bukan keputusan yang layak dapat dean list pun. Cuma, melebihi sasaran. )

Gaya kepimpinan
Dulu, dalam kelab yang saya warisi, ada satu mamat cina ni sangat berkaliber dalam membuat orang percaya apa yang dia nak capai dan bergerak untuk bekerja seperti yang diarahkan. Sincerely, dia ada karisma and 'powerful'. Kadang-kadang, saya terfikir nak ikut cara dia. But i have my own style, I'm different. I have to develop my own style.

Well.. jadi presiden bukanlah sesuatu yang gah sangat.. ia bererti "kau tanggung semua risiko".

Famous last word
Di atas bahu ini, bertinggung seribu satu keinginan (harapan) dan kecintaan. Jika aku menolak salahsatu, yang satu lagi akan merosakkan aku.

Tuesday, January 31, 2012

Peleburan voucher rm200

Penat meneroka kinokuniya harini. Sampai pening rasanya duduk dalam tu, sebab taktahu nak pick buku mana satu. Alhamdulillah, saya beli 3 buah buku yang worth it untuk dibaca, disimpan, dikongsi dan dibaca berulang kali.

Pertamanya, The Conference of The Birds oleh Peter Sis.
Asal-asalnya saya tahu tentang karya Musyawarah Burung adalah daripada senior sekolah saya, Maherilham daripada blognya. Subhanallah, karya Fariduddin Attar memang marvellous sehingga ia diterbitkan dalam banyak versi dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Melayu (indonesia). The Conference of The Birds oleh Peter Sis ini ringkas je, macam buku ilustrasi anak-anak.. cuma ilustrasi yang dilukis sangatlah cantik dan kualiti kertasnya pun berbeza, macam kertas kanvas.

Keduanya, buku Basics of Inventory Management. Penting untuk student logistik macam saya.

Ketiga, Spanish Audio Pack. Buku, sekali dengan CD audio untuk dummies & beginners belajar bahasa Spanish atau Espanol. InsyaAllah nak ambil bahasa Sepanyol sebagai bahasa ketiga (mungkin bukan subjek elektif bebas) so that bolehla lepasni bercakap macam Rosalinda el amor kan..

Yang tak bestnya bila duduk dalam gedung buku, bila dah beli buku yang ini, ternampak buku lain yang lebih best. Ah, dunia memang macamtu.~

GOVERNMENT, Y U NO GIVE ME ANOTHER RM200 VOUCHER? heh.

Thursday, January 26, 2012

yang seterusnya.

Manusia itu baharu dan saya juga begitu. Dan kasih sayang, cinta dan iman kita, mesti sentiasa diperbaharukan.

Sahibah fillah
Apa yang paling membahagiakan dalam perjalanan hidup ini ialah ditemukan dengan orang-orang yang hidup dalam tarbiyyah. Mendapat sahabat yang soleh itu lebih berharga daripada apa-apapun. Sebabnya, mereka inilah orang-orangnya yang bila kita lihat wajahnya, dapat mengingatkan kita pada Allah. Tak cukup dengan itu, bila dia berkata-katapun, hanya Allah yang disebutnya. Bila dia bertindak, apa yang diharapkan hanyalah Allah meredhai tindak-tanduk dan keputusannya. Subhanallah, semoga Allah memelihara sahabat-sahabat saya.

Sembang Tarbawi
Baru-baru ini saya menginap beberapa hari di Penang dan di Sungai Petani, memprogramkan diri dan cuba memanfaatkan apa-apa yang termampu (walaupun not to the maximum capacity). Dalam tempoh itu saya dihidangkan dengan sembang tarbawi dan perkongsian yang menyegarkan jiwa. Tentang kebergantungan, tentang bagaimana menghadapi konflik, tentang pemerhatian kepada akhlak.. entahlah, entahlah. Allah je tahu kenapa saya ditetapkan dalam kondisi tinggi-rendah dalam keadaan yang amat sedar. There's no help but Allah, and theres no victory for those who aren't put any effort to move on. Thats what happen to me and I'm learning.

Tanggungjawab
Mulai februari 2012, saya akan mula memikul amanah yang mungkin akan mencuri banyak hak-hak orang lain yang ada pada diri saya. Pada waktu itu, saya harap, anda semua mendoakan kebaikan untuk saya.

Perancangan masa depan
Sekarang, saya berada di trimester terakhir sebelum bergelar graduan first degree dalam bidang yang amat saya banggakan. Ibu, abah, pakcik makcik, tok nenek, pak-mak mendakan, sedara jauh mahupun dekat, kawan-kawan rapat dan juga bakal majikan saya kelak mahu tahu apa yang saya rancangkan dalam masa kurang lima tahun ini.

InsyaAllah, dalam masa 5 tahun ini saya akan bekerja. Kemudian mengambil peluang untuk sambung belajar ke peringkat master. Mungkin akan bertunang atau walimah. Ada sesiapa nak susunkan tak..? *heheh.*

saya pernah terjumpa kata-kata ini; "stop comparing your  life with the character in movies. They were written by scriptwriters, but yours is written by Allah".

Monday, January 16, 2012

catch-up!

Bismillahirrahmanirrahim.

Lately saya macam agak lost track. Lupa diri dan buang masa muda. Sekarang saya dah tua. (ohno!)

Sebenarnya, saya mula sering marah & lalai waktu 'diheret' menjadi presiden kelab. Mungkin agak bengang dan terkejut, ditambah dengan satu kesilapan sendiri yang melibatkan orang lain, jadi saya ambil masa untuk buffer yang teramat lama untuk kembali 'sedar diri' dan 'bekerja'.

Now I breath fresh air. Masih hidup untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan kejutan.

Hiduplah, menjadi hamba.

"tanda-tanda hati masih hidup, ialah rasa malu melakukan dosa".

Tweet-tweeT!!

sila tanya

more than words~

 

.it is the best of times..it is the worst of times. | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger TemplatesPrinter Ink Replacement